Thursday, February 19, 2009

Mengapa Melayu Lemah

Salam semua.

Mengapa Melayu Lemah?
Sekian lama golongan yang prihatin terhadap isu ini memperkatakan kelemahan Bangsa Melayu.Mereka sedar akan lemahnya bangsa yang mengalir dalam darah mereka.Tidak ada satu pun pencapaian yang dapat dibanggakan. Kejayaan bertaraf dunia yang dikecap setakat ini selalunya bukan pencapaian Bangsa Melayu.Namun kejayaan itu tidak akan dapat ditempa tanpa kesungguhan, kesedaran dan keinsafan dan mengaku bahawa Bangsa Melayu sudah terlalu jauh menyimpang dari jatidiri yang asal. Jatidiri yang dipupuk oleh generasi datuk nenek dan moyang orang-orang Melayu.

Walaupun jatidiri,adap dan adat orang-orang Melayu dipulihara dizaman itu. Akan ada perosak -perosak bangsa yang menjadi semakin dominan membawa idea-idea baru yang kononnya mengikut peredaran zaman. Dominasi ini membawa impak yang sangat buruk sehingga ke hari ini.Lahir dari orientasi ini pemikir-pemikir Melayu yang sekular, sosialis dan sebagainya. Masing -masing berlumba-lumba untuk melakukan perubahan kearah kemodenan Bangsa Melayu. Golongan ini tidak mengira samada falsafah,idea atau pengamalan yang diterapkan itu selaras dengan fitrah kejadian manusia yang berlandaskan Islam.Jika ada sekalipun sekadar nama sahaja menjurus kearah Islam. Bahkan mereka ditipu dengan mudah oleh guru-guru mereka dikalangan Orientalis dan Barat kononnya inilah Islam yang akan menguatkan orang-orang Melayu.

Hari ini guru-guru mereka berjaya menerap dan meyakinkan orang-orang Melayu bahawa tidak ada cara lain melainkan cara yang dipopularkan ini sahaja yang dapat menguatkan orang Melayu. Falsafah,idea dan pengamalan yang menurut fitrah kejadian nafsu sahaja yang dicanang-canangkan dan dipopularkan.

No comments: