Wednesday, July 29, 2009

RAHSIA ORANG MELAYU

Untuk menjadi suatu bangsa yang berjaya,cemerlang dan terpahat rekodnya di dalam kamus alam buana ini, semestinya mempunyai perancangan dan wawasan yang jitu dan realistik. Kecemerlangan yang nak digapai itu mesti realistik dan boleh dicapai melalui strategi-strategi yang berkualiti. Adakah strategi yang dijalankan selama ini berkualiti?. Setakat mana pencapaian orang orang Melayu dalam segala bidang. Tahap manakah bidang Keugamaan kita? Tahap ekonomi kita? Tahap intelektual kita,Tahap sikap kita? Ketaatan, kebolehan berfikir,sukan kita? Walhal pihak pemerintah dan wira-wira bangsa Melayu telah menunjuk jalan dengan idea-idea kecemerlangan. Tun Mahathir dengan Wawasan 2020nya, Islam Hadhari, dan terkini SATU Malaysia. Namun semua itu seolah-olah kriteria sahaja. Tidak ada "check & balance".
Tidak dapat dipastikan kemajuan atau tahap pencapaian idea atau wawasan tersebut dan mungkin telah berkubur bersama -sama terkuburnya karier politik wira-wira ini. Ini adalah tanda aras kecemerlangan pemimpin kita sebenarnya. Berjaya memberi suatu input tentang arah tuju negara ini bukan bermakna apa-apa jika kejayaannya tidak tercapai. Ini merujuk kepada kelemahan "Cara Kerja Orang Melayu". Bersesuaian pula dengan pepatah " Hangat-hangat Tahi Ayam".
Marilah sama -sama kita memeriksa dan membuat koreksi apa dan mengapa terjadinya sedemikian rupa. Dari titik ini, kenal pasti punca dan susun semula strategi untuk mencapai arah tuju Masyarakat Melayu yang telah digariskan oleh wira=wira kita terdahulu.

bersambung...

Thursday, February 19, 2009

Mengapa Melayu Lemah

Salam semua.

Mengapa Melayu Lemah?
Sekian lama golongan yang prihatin terhadap isu ini memperkatakan kelemahan Bangsa Melayu.Mereka sedar akan lemahnya bangsa yang mengalir dalam darah mereka.Tidak ada satu pun pencapaian yang dapat dibanggakan. Kejayaan bertaraf dunia yang dikecap setakat ini selalunya bukan pencapaian Bangsa Melayu.Namun kejayaan itu tidak akan dapat ditempa tanpa kesungguhan, kesedaran dan keinsafan dan mengaku bahawa Bangsa Melayu sudah terlalu jauh menyimpang dari jatidiri yang asal. Jatidiri yang dipupuk oleh generasi datuk nenek dan moyang orang-orang Melayu.

Walaupun jatidiri,adap dan adat orang-orang Melayu dipulihara dizaman itu. Akan ada perosak -perosak bangsa yang menjadi semakin dominan membawa idea-idea baru yang kononnya mengikut peredaran zaman. Dominasi ini membawa impak yang sangat buruk sehingga ke hari ini.Lahir dari orientasi ini pemikir-pemikir Melayu yang sekular, sosialis dan sebagainya. Masing -masing berlumba-lumba untuk melakukan perubahan kearah kemodenan Bangsa Melayu. Golongan ini tidak mengira samada falsafah,idea atau pengamalan yang diterapkan itu selaras dengan fitrah kejadian manusia yang berlandaskan Islam.Jika ada sekalipun sekadar nama sahaja menjurus kearah Islam. Bahkan mereka ditipu dengan mudah oleh guru-guru mereka dikalangan Orientalis dan Barat kononnya inilah Islam yang akan menguatkan orang-orang Melayu.

Hari ini guru-guru mereka berjaya menerap dan meyakinkan orang-orang Melayu bahawa tidak ada cara lain melainkan cara yang dipopularkan ini sahaja yang dapat menguatkan orang Melayu. Falsafah,idea dan pengamalan yang menurut fitrah kejadian nafsu sahaja yang dicanang-canangkan dan dipopularkan.