Wednesday, July 29, 2009

RAHSIA ORANG MELAYU

Untuk menjadi suatu bangsa yang berjaya,cemerlang dan terpahat rekodnya di dalam kamus alam buana ini, semestinya mempunyai perancangan dan wawasan yang jitu dan realistik. Kecemerlangan yang nak digapai itu mesti realistik dan boleh dicapai melalui strategi-strategi yang berkualiti. Adakah strategi yang dijalankan selama ini berkualiti?. Setakat mana pencapaian orang orang Melayu dalam segala bidang. Tahap manakah bidang Keugamaan kita? Tahap ekonomi kita? Tahap intelektual kita,Tahap sikap kita? Ketaatan, kebolehan berfikir,sukan kita? Walhal pihak pemerintah dan wira-wira bangsa Melayu telah menunjuk jalan dengan idea-idea kecemerlangan. Tun Mahathir dengan Wawasan 2020nya, Islam Hadhari, dan terkini SATU Malaysia. Namun semua itu seolah-olah kriteria sahaja. Tidak ada "check & balance".
Tidak dapat dipastikan kemajuan atau tahap pencapaian idea atau wawasan tersebut dan mungkin telah berkubur bersama -sama terkuburnya karier politik wira-wira ini. Ini adalah tanda aras kecemerlangan pemimpin kita sebenarnya. Berjaya memberi suatu input tentang arah tuju negara ini bukan bermakna apa-apa jika kejayaannya tidak tercapai. Ini merujuk kepada kelemahan "Cara Kerja Orang Melayu". Bersesuaian pula dengan pepatah " Hangat-hangat Tahi Ayam".
Marilah sama -sama kita memeriksa dan membuat koreksi apa dan mengapa terjadinya sedemikian rupa. Dari titik ini, kenal pasti punca dan susun semula strategi untuk mencapai arah tuju Masyarakat Melayu yang telah digariskan oleh wira=wira kita terdahulu.

bersambung...

Thursday, February 19, 2009

Mengapa Melayu Lemah

Salam semua.

Mengapa Melayu Lemah?
Sekian lama golongan yang prihatin terhadap isu ini memperkatakan kelemahan Bangsa Melayu.Mereka sedar akan lemahnya bangsa yang mengalir dalam darah mereka.Tidak ada satu pun pencapaian yang dapat dibanggakan. Kejayaan bertaraf dunia yang dikecap setakat ini selalunya bukan pencapaian Bangsa Melayu.Namun kejayaan itu tidak akan dapat ditempa tanpa kesungguhan, kesedaran dan keinsafan dan mengaku bahawa Bangsa Melayu sudah terlalu jauh menyimpang dari jatidiri yang asal. Jatidiri yang dipupuk oleh generasi datuk nenek dan moyang orang-orang Melayu.

Walaupun jatidiri,adap dan adat orang-orang Melayu dipulihara dizaman itu. Akan ada perosak -perosak bangsa yang menjadi semakin dominan membawa idea-idea baru yang kononnya mengikut peredaran zaman. Dominasi ini membawa impak yang sangat buruk sehingga ke hari ini.Lahir dari orientasi ini pemikir-pemikir Melayu yang sekular, sosialis dan sebagainya. Masing -masing berlumba-lumba untuk melakukan perubahan kearah kemodenan Bangsa Melayu. Golongan ini tidak mengira samada falsafah,idea atau pengamalan yang diterapkan itu selaras dengan fitrah kejadian manusia yang berlandaskan Islam.Jika ada sekalipun sekadar nama sahaja menjurus kearah Islam. Bahkan mereka ditipu dengan mudah oleh guru-guru mereka dikalangan Orientalis dan Barat kononnya inilah Islam yang akan menguatkan orang-orang Melayu.

Hari ini guru-guru mereka berjaya menerap dan meyakinkan orang-orang Melayu bahawa tidak ada cara lain melainkan cara yang dipopularkan ini sahaja yang dapat menguatkan orang Melayu. Falsafah,idea dan pengamalan yang menurut fitrah kejadian nafsu sahaja yang dicanang-canangkan dan dipopularkan.

Tuesday, June 3, 2008

KEJADIAN MELAYU

Bangsa Melayu terdiri dari pelbagai rumpun bangsa pula yang rata-ratanya berwarna kulit sawo matang. Berbagai bahasa pula digunakan bermula dari Segenting Kra sehinggalah ke Pentas Sunda.Bahkan Tagalog di Filipina juga salah satu bahasa orang -orang yang berkulit sawo matang ini.

Melihat dari fizikal ini, dapat disimpulkan bahawa Bangsa Melayu adalah amat sesuai dan kena jika dibandingkan atau dikiaskan kepada sesuatu yang dimasak dengan teliti oleh Penciptanya. Dalam acara memasak ini pastilah berlaku samada terkurang masak atau terlebih masak dan masak dengan menepati specifikasi yang betul.
Jika dilihat peta dunia, kedudukan negara yang didiami oleh Bangsa Melayu ini amat istimewa. Umpama "Ekor" yang bersambung dengan Benua Besar Asia. Disebelah kanan "ekor" ini terletak negara yang orang-orangnya terkurang masak. Kulit mereka berwarna putih dan hampir tiada yang berkulit kehitaman.Mata mereka juga sepet seolah olah mata mereka tidak dapat dibuka. Dikiri pula terdapat negara yang orang -orang terlebih masak dan hampir hangus dan menjadi kehitaman. Bahkan mempunyai bukaan mata yang luas.

Sekiranya dilihat dari corak adunan dan campuran antara negara kiri dan negara kanan juga merujuk kepada lahir satu bangsa baharu iaitu Bangsa Melayu.

Monday, May 26, 2008

SALAM TA'KRUF

Assalamualaikum

Salam ta'kruf ini ditujukan kepada sesiapa jugak yang masih berfikir dan masih terkenang perihal Melayu mutakhir ini.Saya merupakan salah seorang yang masih berfikir dan terkenang akan perihal Melayu, jadi salam ini juga masih relevan dengan saya.
Bangsa Melayu telah banyak mengalami perubahan dari zaman-berzaman.Dari zaman kesultanan Melayu hinggalah zaman pemerintahan Melayu secara demokrasi. Zaman tidak ada air dan api sehinggalah zaman ada LRT. Zaman dimana bangsa Melayu dahagakan jati diri Melayu sehinggakan Mawi disanjung kononnya masih mengekal jati diri itu.

Saya percaya orang Melayu amat dahagakan dan kepingin untuk kembali dalam ruangan yang dilimpahi jati diri Melayu. Blog ini juga mengalu-alukan buah fikiran , pandangan, cerita tauladan, kehebatan Melayu, pencapaian Bangsa Melayu dan apa juga yang berkaitan dengan Kemelayuan supaya dapat kita jadikan landasan kearah membina Sejarah Bangsa Melayu itu.

Sekian. Salam Ta'kruf Salam Melayu.